Isnin, 12 Mac 2012


Kemahiran Geografi : Peta

Mentafsir Peta Topografi 
1.
Peta topografi mempunyai maklumat mengenai ciri-ciri budaya dan ciri-ciri fizikal.
2.
Ciri-ciri budaya merujuk kepada  ciri-ciri buatan manusia seperti jalan raya, jalan kereta api, petempatan, pertanian, perindustrian dan lain-lain lagi.
3.
Ciri fizikal merujuk kepada bentuk-bentuk muka bumi semula jadi seperti tanah tinggi,  tanah pamah, sungai  dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.

4.
5.
 

6.
Langkah-langkah mentafsir peta topografi ialah:-

(a)
perhatikan tajuk peta yang di beri(jika ada)

(b)
menyatakan kawasan, kedudukan dan arah kawasan

(c)
anggarkan luas kawasan

(d)
Kaji ciri-ciri fizikal kawasan kajian

(e)
Kaji ciri-ciri penggunaan tanah dengan merujuk kepada simbol-simbol yang  digunakan seperti simbol untuk tumbuhan semula jadi, tanaman, perlombongan, petempatan dan perhubungan

7.
Contoh:-


Tanaman
Bentuk Muka Bumi
Petempatan
Ciri-ciri Lain
Padi
Tanah  pamah rendah dan  rata

Berjajar di sepanjang tali air dan tetambak

Parit, tali air, benteng, lorong jalan kaki
Kelapa sawit
Tanah pamah beralun dan lereng bukit rendah

berkelompok
Jalan kereta api ringan dan jalan tidak berturap
Getah
Tanah pamah beralun dan lereng bukit rendah

Kebun kecil – berselerak  
Ladang - berkelompok atau berpusat

Lorong jalan kaki, sekolah, klinik dan kuil.
 Saling kaitan antara tanaman, bentuk muka bumi dan  petempatan 

ARAHAN:-  Tiap-tiap soalan di bawah  ini diikuti oleh empat pilihan jawapan. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan yang betul. 

Soalan 1 -  12 berdasarkan peta di bawah.

1.
Antara  yang berikut, manakah pernyataan yang tepat menerangkan keadaan bentuk muka bumi di dalam peta ?
A.
bertanah rendah dan rata
B.
bergunung-ganang
C.
beralun dan berpaya
D.
paya yang luas


2.
Aktiviti ekonomi penduduk di Kg. Hj. Ali ialah…
I
membuat nira dan atap rumah
II
menoreh getah
III
bekerja di kilang simen
IV
menternak ikan




A.
I dan II

B.
II dan III

C.
III  dan IV

D.
I dan IV

3.
Pak Mat  yang tinggal di Kg. Langsat, ingin melawat  kawannya di Kg. Hj.
Ali dengan cara menunggang  motosikal.

Panduan  jalan yang harus diikuti oleh Pak Mat ialah…
A.
menghala ke arah selatan, terus berjalan sehingga satu simpang jalan, kemudian  membelok ke barat

B.
menghala ke arah utara, berjalan kira-kira 1.5 km, memasuki dan berjalan mengikut  lorong kaki sehingga persimpangan jalan, belok kanan
C.
menghala ke arah utara berjalan kira-kira 1.5 km. Kemudian menghala ke arah timur
D.
menghala ke arah utara, berjalan kira-kira 1.5 km, memasuki dan berjalan mengikut  lorong  kaki sehingga persimpangan jalan, belok kiri

4.
Jenis-jenis tumbuhan semula jadi yang terdapat di dalam kawasan peta adalah…
I
nipah
II
belukar
III
bakau
IV
getah




A.
I dan II

B.
I dan III

C.
III dan IV

D.
I dan IV
                
5.
Antara bukti peta yang berikut, manakah menunjukkan getah ditanam secara kebun  kecil?
A.
getah di tanam di kaki bukit serta tanah pamah
B.
terdapat lorong-lorong kaki di kawasan getah
C.
pola petempatan jenis berselerak
D.
getah di tanam di kawasan tidak melebihi 45 meter

6.
Apakah tujuan utama pembinaan benteng?
A.
untuk mengelakkan  tanah runtuh
B.
menghalang kemasukan air dari  kawasan paya
C.
untuk mengelakkan hakisan tanah
D.
menghalang kemasukan air sungai

7.
Jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di dalam peta ialah…

I
jalan kereta api
II
lorong kaki
III
jalan raya
IV
lorong boleh berkereta motor




A.
I,II dan III

B.
I,III dan IV

C.
II,III dan IV

D.
I,II,III dan IV

8.
Antara berikut manakah pernyataan yang TIDAK BENAR tentang kawasan
penanaman kelapa sawit?
A.
kelapa sawit ditanam di cerun bukit  dan tanah pamah
B.
kelapa sawit diangkut melalui jalan kereta api ringan
C.
kelapa sawit ditanam secara kebun kecil
D.
minyak sawit diproses di dalam kawasan kelapa sawit

9.
Arah Kg.  Langsat dari  kilang ialah…
A.
Timur laut
B.
Tenggara
C.
Utara
D.
Selatan

10.
Pola petempatan di kawasan sawah padi ialah…
A.
berselerak
B.
berpusat
C.
berjajar
D.
berkelompok

11.
Tanaman utama di dalam peta ialah…
I
padi
II
getah
III
paya bakau
IV
paya nipah




A.
I dan II

B.
II dan III

C.
III dan IV

D.
I dan IV

12.
Apakah bukti bahagian barat laut peta, bentuk muka buminya tidak rata?
A.
terdapatnya kontur
B.
jalan raya yang lurus
C.
terdapat paya nipah
D.
terdapatnya lorong kaki

13.
Peta yang lengkap mempunyai…
I
skala
II
tajuk
III
petunjuk
IV
tanda arah utara




A.
I,II dan III

B.
I,III dan IV

C.
II,III dan IV

D.
I,II,III dan IV

14.
Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri budaya?
A.
tumbuh-tumbuhan semula jadi
B.
petempatan
C.
sungai
D.
bukit

15.
Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri fizikal?
A.
klinik
B.
sekolah
C.
jalan raya
D.
sungai

16.
Ciri-ciri budaya berikut dapat ditafsirkan daripada peta topografi, kecuali…
A.
bilangan penduduk
B.
corak guna tanah
C.
pola petempatan
D.
jenis pengangkutan

17.
Antara yang berikut, manakah  ciri yang dapat ditunjuk oleh garisan kontur?
I
bentuk muka bumi
II
kepadatan penduduk
III
tumbuhan semula jadi
IV
aras ketinggian




A.
I dan II

B.
II dan III

C.
III dan IV

D.
I dan IV

18.
Apakah ciri-ciri budaya yang terdapat di dalam sebuah peta?
I
penggunaan tanah
II
saliran
III
petempatan
IV
perhubungan




A.
I,II dan III

B.
I,II dan IV

C.
I, III dan IV

D.
II,III dan IV

19.
Yang berikut merupakan tumbuh-tumbuhan semula jadi, kecuali…
A.
kelapa sawit
B.
paya nipah
C.
paya bakau
D.
hutan rimba

20.
Apakah pola petempatan di kawasan kebun kecil getah?
A.
terancang
B.
berpusat
C.
berjajar
D.
berselerak

Jawapan
1
C
11
A
2
D
12
A
3
B
13
D
4
A
14
B
5
C
15
D
6
B
16
A
7
A
17
D
8
C
18
C
9
A
19
A
10
A
20
D

Lembaran Kerja

 
Jawab soalan-soalan di bawah dengan betul. 
Soalan
Jawapan
(a)  Nyatakan arah tuju aliran Sungai Kepayang.

            Timur Laut
(b)  Kirakan jarak benar jalan raya dari
(i)            Simpang empat Kampung Ular ke Kampung Bukit
(ii)          Kampung Surau ke simpang empat Kampung Ular


(i)                 5 km
(ii)               7 km
(c)  Nyatakan jenis tanaman yang paling luas diusahakan di kawasan peta

Padi
(d)  Apakah pola petempatan di pekan Pulai?

Berpusat
(e)  Nyatakan dua hasil utama dari kawasan ini.

Padi dan getah

(f)   Apakah tujuan pembinaan benteng di kawasan sawah padi?

Menghalang kemasukan sungai
(g)  Nyatakan faktor  yang menggalakkan penanaman getah di kawasan peta.

Cerun bukit beralun
(h)  Kawasan yang manakah berperanan sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian?

Pekan Pulai
(i)   Apakah bukti yang menunjukkan kawasan pinggir laut adalah cetek?









Lampiran 2 : Peta Minda
Pantai berpasir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan